MASALAH NAK TULIS COPYWRITING SELESAI

Bangun hari ini perkara penting kita perlu fikir setiap hari adalah,
Apa yang perlu aku buat hari ini untuk jadikan aku yang lebih baik dari semalam.
Sedar atau tidak sedar kadang setahun atau lebih kita masih di tahap yang sama.

Tahap yang sama dari segi ilmu.
Tahap yang sama dari segi ibadah.
Tahap yang sama dari segi cara fikir.

Ilmu tak bertambah. Rasa macam dah tahu semua, rasa macam dah belajar banyak.

Contoh macam dalam bisnes. Marketing adalah ilmu yang sangat penting.
Dalam buat marketing antara perkara penting adalah bina ayat iklan (copywriting.)

Dalam bina ayat iklan, ada beberapa perkara penting untuk difahami dulu.
Kena faham pelanggan.
Faham bagaimana pelanggan berfikir.
Faham pelanggan dahulu sebelum faham produk. Produk tidak penting sebenarnya.
Yang penting adalah kepada siapa kita nak menjual.

Mula azam baru dengan mula langkah pertama belajar copywriting di link bawah ni.


https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=20013_86_5_154https:

BERTINDAK SEKARANG

Tahu tak apa yang aku dengar?
Aku dengar bunyi jam berdetik.

Dan masa TIDAK AKAN pernah tunggu seseorang.

Masa tetap akan berjalan. Tetap berjalan pantas.
Tidak pernah penat.
Tidak pernah berehat.
Tidak pernah berhenti.

Jadi jangan sia-siakan.
Jangan buang masa.

Jangan bazirkan masa. Tapi hidup lah bersama masa.

Jadilah seorang yang takut. Seorang yang takut duduk di tepi banggunan TANPA
buat apa-apa pun.

Bangun dalam masa 6 hari, ataupun 6 minggu mahupun 6 tahun. Dalam keadaan masih jauh
dari MATLAMAT HIDUP selama ini.

Tanpa ada apa-apa proses.

ITU ADALAH SATU KERUGIAN.

Itulah sebenarnya benda yang ENGKU perlu takut.

Jadi, jangan duduk sahaja. BANGUN dan buat. Terus buat.

Idea yang sudah ditulis. Harapan yang telah dilekat dekat dinding.
TIDAK boleh bergerak sendiri. Tak boleh

Buku tidak akan tertulis sendiri.

Kau kena bangun. Kau yang kena buat.

Dan kena buat sekarang. Jangan tunggu lagi.
Jangan fikir lagi. Tak perlu plan lagi.
Jangan duk renung-renung lagi.

Jangan bagi alasan lagi.
Jangan justifikasi lagi.
Jangan nak buat rasional lagi.

Jangan.

Ambik risiko.
Buat langkah pertama.

Take action now.

Jangan bermimpi lagi.
Mimpi dah habis.

Buat dengan spesifik.
Hari Isnin buat apa
Hari Selasa buat apa.
Hari Rabu buat apa.

Mesti spesifik.

Take action now.
Bertindak sekarang.

CARA UNTUK BERJAYA

Semua orang hendak berjaya. Semua orang hendak capai dan mempunyai impian. Tetapi tidak semua dapat capai impian untuk berjaya.

Adakah di sana ada rahsia kejayaan?

Adakah orang yang berjaya berbeza dari orang yang tidak berjaya.

Kejayaan di sini bukan sekadar ada duit yang banyak. Kejayaan ini luas konteksnya. Berjaya dalam pelajaran. Berjaya dalam sukan. Berjaya dalam apa jua kerja.

Salah satu cara orang berjaya amalkan untuk berjaya adalah dengan mempunyai habit yang baik.

Aristotle pernah berkata : 95% semua yang kamu buat dalam kehidupan adalah disebabkan oleh habit kamu.

Jadi Formula kejayaan adalah = Bina habit yang bagus, dan jadikan ia amalan kehidupan. Elakkan tabiat buruk terbentuk dalam diri.

Tabiat yang baik sukar untu dibentuk tetapi mudah untuk dihayati. Tabiat buruk mudah terbentuk tetapi ia susahkan hidup kita.

Seorang ahli psikologi, Brian Tracy sebut, “Semua tabiat adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan ia juga boleh diabaikan.”

Maksudnya bukan abaikan tabiat buruk, tetapi tukar tabiat buruk dengan tabiat yang baik, yang mana ia lebih beri impak pada kehidupan. Dan bagaimana nak bangunkan tabiat baik ini?

Bangunkan tabiat baik dengan buat pengulangan. Semua benda yang kita buat dari mula bangun tidur adalah habit. Tabiat.

Jadi kita fikirkan apakah tabiat baik yang biasa kita buat. Dan marilah kita bina tabiat yang baik untuk berjaya.

5 TABIAT YANG BOLEH KITA JADIKAN AMALAN HARIAN UNTUK BERJAYA

  1. Tetapkan matlamat harian. Antaranya adalah sebelum tidur, kita dah fikir apa yang perlu kita selesaikan esok hari. Buat list tentang matlamat hari esok. Buat jurnal dan tuliskan matlamat tersebut. Boleh juga fikir matlamat yang nak capai masa tengah bawa kereta.
    Orang yang berjaya kebanyakan masa mereka digunakan untuk fikir apa matalamat yang mereka nak capai.
  2. Fokus pada hasil. Ini adalah istilah yang digunakan individu atau organisasi yang tumpu kepada hasil daripada proses. Mereka sentiasa fikir apa yang perlu dan penting untuk buat sekarang untuk dapatkan keputusan yang cemerlang. Mereka tuliskan setiap apa yang mereka perlu buat, dan masa nak buat tu mereka tetapkan mana yang penting dulu untuk diselesaikan.
    Tekniknya, tanya diri. Apa yang aku nak capai hari ini. Apa satu benda yang penting yang aku perlu selesaikan hari ini. Bulatkan dekat list tu, dan terus buat aktiviti atau kerja tu dengan disiplin tanpa henti sehingga selesai kerja. Teknik ni simple tetapi dah buat ramai orang dalam dunia berjaya.
  3. Jaga perhubungan. Maksudnya bina tabiat mudah bergaul dengan semua orang. Mudah tersenyum. Mudah berkomunikasi dengan orang. Sebab setiap kita sentiasa perlu sokongan orang sekeliling untuk berjaya. Sentiasa fikir, apa benda yang orang lain perlu? Apa yang boleh aku tolong. Apa yang boleh aku bantu. Jadi bila kita jenis yang suka bantu orang, suka tolong orang benda tu akan berbalik kepada kita.
  4. Jaga Kesihatan. Sentiasa fikir tentang kesihatan diri. Fikir tentang makan sikit dan makan makanan yang sihat.
    Fikir tentang senaman. Fikir tentang cukup rehat. Untuk berjaya seseorang itu perlu tenaga yang banyak. Dan cara nak dapat tenaga yang banyak adalah dengan jaga kesihatan.
  5. Jujur. Sentiasa bersikap jujur. Sentiasa bercakap benar.
  6. Disiplin. Disiplin diri ini menjadi tabiat asas yang akan bantu capai tabiat yang lain.
    Dan maksud disiplin antaranya ialah,
    ‘Keupayaan untuk paksa diri anda lakukan – seusuatu apa yang anda patut lakukan, pada waktu anda patut melakukannya, sama ada anda rasa suka atau tidak.’
    Semua orang boleh buat benda yang dia suka. Tapi bila kita buat juga dalam keadaan kita tak suka, ia akan bangunkan disiplin diri dan jadikan benda lain jadi tak mustahil.

Apakah satu tabiat yang patut anda mula bina sekarang yang akan bantu anda lebih daripada tabiat lain untuk mencapai matlamat terpenting dalam hidup.

Teknik Hafazan

Ada dua orang kawan yang sama-sama masuk ke Maahad Tahfiz.

Tahun yang sama tetapi Maahad yang berbeza.

Selepas masing-masing keluar, seorang dari rakannya boleh ingat seluruh isi al-Quran yang telah dihafaz. Seorang lagi tidak ingat keseluruhan. Mungkin ingat beberapa juzuk dari apa yang telah dibaca di hadapan gurunya.

Ada orang kata ianya rezeki masing-masing. Ya betul.

Mungkin juga teknik yang digunakan berbeza.

Ada 1 teknik yang sangat baik jika dapat diamalkan akan berikan kesan yang sangat baik buat penghafal al-Quran.

Sebelum itu, kita fahami dulu istilah di bawah ini. Agar dengan faham istilah ini, kaedah ataupun teknik ini dapat digunakan bagi penghafaz al-Quran.

Tahfiz Jadid ( Hafaz ayat baru)
Tasmik Tahfiz Jadid ( Baca di hadapan guru hafazan baru )
Tasmiq Sabqi Baru (SB) ( Baca di hadapan guru / rakan bagi hafazan baru)
Tasmiq Sabqi Lama (SL) ( Baca di hadapan guru / rakan bagi hafazan lama)
Murajaah Manzil (MM) ( Ulangan ayat manzil)

Ketika menghafaz akan ada dua proses yang utama.

1- Ziyadah ( Tambahan hafazan baru)
2- Murojaah (Ulangan ayat yang telah dihafaz )

1- Ziadah
Untuk hafazan baru, adalah dinasihatkan untuk para penghafaz untuk mengulang hafazan baru sebanyak 40 kali. Adalah sangat baik apabila murid membaca hafazan baru dalam keadaan mereka benar-benar ingat. Atau telah mengulang banyak ketika proses hafazan baru. Ini bagi memudahkan proses murajaah seterusnya.

2- Murojaah
Proses murojaah atau pengulangan adalah proses yang amat penting bagi mengekalkan ingatan pada ayat yang telah dihafaz. Ia sangat penting, sebab sebanyak manapun seseorang itu ulang ketika hafaz alquran, jika tidak ada proses murojaah ini, hafazan akan hilang.
Walaupun ayat tadi telah diulang beratus kali.

Proses ulangan yang disarankan.

Murojaah Sabqi ( Ulangan Sabqi)

Sabqi adalah murojaah atau ulangan ayat yang baru ditasmik.

Contoh
Pada hari Isnin, dia baru hafaz dan tasmik bacaan hadapan guru ayat pada juzuk 5 muka surat 82. (Tahfiz Jadid)
Habis sahaja baca di hadapan guru, muka surat 82 tadi dinamakan sebagai (Sabqi Baru).

Jadi dari hari pertama (Isnin) dia tasmik Sabqi muka surat pertama (m.s 82).
Hari kedua (Selasa) dia tambah Tahfiz Jadid yang baru iaitulah muka surat kedua dari juzuk 5 (m.s83)

Muka surat 1(m.s82) dan 2(m.s83) dari juzuk 5 ini jadi sabqi baru.
Seterusnya muka surat 3 dari juzuk 5 (m.s 84)
Jadi sabqi ada 3 halaman.

Isnin m.s 82 (Sabqi baru)
Selasa m.s 83 (Sabqi baru) – Diulang bacaan m.s 82-83
Rabu m.s 84 (Sabqi baru) – Diulang bacaan m.s 82-84
Khamis m.s 85 (Sabqi baru) – Diulang bacaan m.s 82-85
Jumaat m.s86 (Sabqi baru) – Diulang bacaan m.s 82-86

Maka Sabqi baru untuk minggu pertama ada 5 muka.

Setiap hari mesti diulang bacaan Sabqi baru ini. Fungsi sabqi baru ini adalah untuk ikat hafazan yang baru di tasmik hadapan guru.

Begitulah sehingga halaman ke-20.

Setakat ni boleh faham ke? Tak faham boleh tanya terus.

Untuk habiskan 1 juzuk begini kiraannya.

1 Juzuk = 20 Muka surat
1 bulan = 30 hari
Tolak 4 hari cuti ( Sabtu Ahad)
Jadi sebulan tinggal 26 hari.
Kalau istiqomah 1 hari 1 muka jadi dia perlu 20 hari untuk siapkan 1 juzuk,
ada lebihan 6 hari. 6 hari ni untuk persiapan Murojaah Kenaikan Juzuk (MKJ). 6 hari ni masa untuk lancarkan sebanyak 1 juzuk yang baru ditasmik bulan semasa. Dalam contoh ni juzuk 5.

Kalau dia istiqomah betul-betul, dia hanya perlu 2-3 hari sahaja untuk selesaikan MKJ.
Ikutkan tadi ada 6 hari kan. MKJ ni apa?

Prosesnya adalah, ditasmik terus 1 juzuk.
Kalau boleh tasmik semua dengan lancar dan jawab semua, maka Juzuk 5 tadi naik taraf kepada ayat manzil.

Murojaah Kenaikan Juzuk ini adalah tasmik terus 1 juzuk tadi.
Ada yang buat 5 muka surat dulu, ada yang 10 muka surat terus. Apa yang penting habis tasmik sabik 1 juzuk.

Selesai MKJ, dia akan proses untuk Ujian kenaikan Juzuk (UKJ).
Cara buat UKJ ini adalah disoal dan ditebuk ayat juzuk 5 ni.

Guru tebuk murid tadi juzuk yang telah dia hafaz. Boleh atau tidak untuk jawab semua. Ujian ini bila lulus, barulah boleh hafaz yang baru.

Biasanya bila dah amalkan murojaah sabqi ini dia boleh jawab. Sebab setiap hari baca.

Maka Juzuk 5 tadi naik taraf kepada ayat manzil.

Kiranya dia telah ada 1-5 juzuk ayat manzil.

Murojaah Manzil.

Murojaah manzil ini adalah murojaah yang rutin dibaca secara urutan dari juzuk 1 sehingga juzuk terakhir yang mana selain juzuk yang tengah hafaz.

Jika sekarang dia tengah hafaz juzuk lima, jadi Murojaah Manzil ini adalah dari juzuk 1 hinggalah juzuk 4.

Terpulang nak baca berapa banyak. Setengah juzuk ke. 1 juzuk ke yang penting dalam 1 minggu, dia boleh habiskan murojaah Manzil. Dalam contoh ini dari juzuk 1-4.

Dan murojaah Manzil ini adalah murojaah yang wajib disemak. Samaada dengan guru, ataupun dengan teman.

Boleh buat battle. Dan sebagainya.
Dicatat kalau ada kesalahan.

Dan dengan buat proses Murojaah Manzil ini, dengan secara tidak sedar murid sedang buat Simulasi Ujian Tahfiz Setiap Hari.
Kerana telah biasa semak hafazan kawan-kawan. Dengan sistem koreksi dan markah tadi.

Ini contoh 1 muka surat.
Boleh juga diamal untuk yang menghafaz 1 maqra. Yang penting proses sebelum naik ke juzuk baru itu penghafaz telah benar lancar hafazan lama.

Fakta. Biasa murid akan fokus untuk tambah hafazan baru sahaja. Tambah, tabah dan tambah.
Tetapi Murojaah sangatlah penting.
Penting untuk kekalkan hafazan.
Masalahnya adalah apabila sudah selesai hafaz 20 muka surat, tanpa proses murojaah ayat itu akan lupa dan terpaksa hafaz semula muka surat belakang tadi.

Dan biasanya untuk hafal semula agak berat.

Semoga dengan cara yang teratur ini, hafazan akan kekal dalam ingatan penghafaz.

Firdaos Rawi

Jangkaan dan Perangkap Realiti

Adakah kita tidak pernah rasa bahagia?

Setiap manusia pasti ada harapan atau jangkaan dalam hidup. Satu perkara yang kita jangka dan harap akan berlaku pada diri kita. Sedangkan realiti adalah apa yang sebenarnya sedang berlaku. Dan dua perkara ini, harapan dan realiti membuatkan kita rasa tidak bahagia.

Tulisan ini nak cerita bahawa apa yang kita jangka dan harap akan membawa seseorang itu rasa kecewa sebab hakikat yang berlaku tidak seperti yang diharapkan.

Contoh mudah orang yang hendak kurus. Buat macam-macam benda dan ikut bermacam petua. Namun apabila berat tidak dapat capai seperti yang diharapkan menyebabkan putus asa. Marah. Kecewa. Ye, tidak semua benda yang diharapkan akan berlaku. Itu semua kita sudah alami.

Harapan atau cita-cita ni adalah sesuatu yang kita percaya. Kita percaya kalau kita usaha kita akan berjaya. Kita yakin kalau kita buat sungguh-sungguh kita dapat capai apa yang kita hendak. Ia sangat penting sebab, ia akan bina rasa semangat untuk genggam kejayaan. Tetapi, maaf cakap ia juga boleh bawa kepada kekecewaan bila mana harapan tidak sama dapat seperti yang diharapkan.

Seseorang boleh rasa kecewa. Bahkan boleh undang rasa marah.

Itulah maksudnya harapan vs realiti.

Di sinilah penting kita tahu bahawa kesilapan biasa yang boleh kita buat adalah kita salah letak rasa gembira. Kita rasa bila kita dapat benda yang kita harap itu baru kita akan rasa gembira. Maknanya gembira tu terkait dengan apa yang kita harapkan. Kalau kita tak dapat? Mula buat status kecewa berair mata. Rasa puas dan gembira bila dapat apa yang kita harap dan suka itulah yang membuat seseorang itu boleh terperangkap dalam rasa kecewa dan sedih.

Oleh sebab itu, penting untuk sedar.

Keburukan cita-cita ini kadangkala membuatkan seseorang itu tidak bersyukur. Bila kita tidak dapat apa yang kita hendak atau cita-citakan selalunya orang akan tidak bersyukur dengan apa yang dia ada. Sedangkan apa yang dia ada itu adalah menjadi cita-cita orang lain yang belum dapat apa yang dia ada.

Jadi macamana caranya untuk kita hadap semua ini? Bercita-cita membina harapan bukanlah sesuatu yang tidak bagus. Ia sangat bagus untuk menjadi seorang manusia yang bercita-cita. Memang dalam agama juga ajar kita agar menjadi seseorang yang mempunyai cita-cita. Mempunyai harapan terhadap Tuhan.

Tetapi kita perlu pandai menguruskan harapan dan cita-cita.

5 Langkah untuk kita uruskan harapan kita. Agar harapan itu tidak menghancurkan perasaan bersyukur kita.

1- Bila kita nak buat sesuatu perkara baru, kita perlu tanya apa yang kita jangka akan berlaku. Kita dah buat jangkaan-jangkaan yang akan berlaku. Berjaya atau tidak dan sebagainya.

2- Bila kita tak dapat apa yang kita hendak, kita uruskan semula. Kita tanya semula. Betulkah dengan cara yang aku buat sekarang ini akan jadikan aku berjaya capai apa yang aku hendak.

3- Belajar rasa bersyukur.

Belajar rasa bersyukur ini adalah satu cara terbaik.

4- Elakkan buat perbandingan. Rezeki setiap orang telah tertulis. Setiap orang usaha atas diri masing-masing. Ada orang buat sekali terus dapat. Ada yang buat berkali-kali baru dapat. Ada orang dah buat macam-macam tetapi tak dapat. Tak salah untuk harapkan lebih. Tetapi kita akan rasa lebih gembira apabila kita betul-betul berterima kasih dengan apa yang kita dapat. Seperti seorang kanak-kanak yang diletakkan gula-gula di dalam poketnya. Itu sahaja telah menjadi kegembiraan buat mereka.

5- Elakkan segala sangka buruk. Sangka buruk pada nasib. Lebih-lebih lagi elak sangka buruk pada tuhan.

Kesimpulannya, apa yang kita usaha kita akan dapat. Tetapi rasa syukur dengan apa sahaja yang kita dapat itulah satu anugerah yang lebih bernilai.